Saturday, December 15, 2012

Azhary Berkarya Untuk Dakwah dan Kemanusiaan (Nasheed Albums)

Azhary Berkarya Untuk Dakwah dan Kemanusiaan (Nasheed Albums)
Azhary Berkarya Untuk Dakwah dan Kemanusiaan
Azhary Berkarya Untuk Dakwah dan Kemanusiaan (Nasheed Albums) - Pertama kali dengar lagu tema rancangan Kembara Tabung Haji bersama Ustaz Don di TV al-Hijrah, rasa macam nak tahu sangat siapa gerangan penyanyinya. Teka-teki terjawab apabila terjumpa maklumat mengenai penyanyi lagu tersebut.

Azhary, atau nama sebenar Norkamal Azhary Ahmad, itulah nama penyanyinya. Lagu Cinta Kasih yang menjadi tema rancangan Kembara Tabung Haji bersama Ustaz Don tersebut dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri manakala liriknya adalah nukilan Aucu dari Luncai Emas.

Menurut sumber dari portal Nasyidkini, saudara Azhary pernah bekerja di Astro Oasis sebagai pengarah fotografi, sebelum menjejakkan kaki ke TV Al-Hijrah. Ketika bersama Astro Oasis, beliau pernah menyumbang beberapa buah lagu tema seperti  rancangan dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain, Kembara Palestin, Citra Manusia dan Rindu Wahyu Alkautsar (Program Madrasah Salasilah Rasulullah) pada tahun 2006.

Dan apabila bersama TV alHijrah, Azhary memulakan kerjayanya di sini sebagai pengarah rancangan sebelum menjadi penerbit untuk beberapa rancangan seperti Assalamualaikum, Menu Alam, Majlis Iqra dan banyak lagi. Terkini, beliau menerbitkan rancangan Kembara Tabung Haji Travel bersama Ustaz Don.

Penglibatan dalam seni muzik pula bukanlah sesuatu yang baru buat Azhary. Beliau pernah menganggotai kumpulan muzik Data yang popular dengan lagu Permaisuri suatu ketika dahulu. Ketika bersama Data, beliau bertindaka sebagai gitaris band tersebut.

Menyentuh mengenai penghijrahan ke konsep lagu ketuhanan, Azhary menyatakan dalam Sinar Harian bertarikh 20 November 2012, niat untuk berhijrah mula terdetik setelah berkhidmat di sebuah produksi yang bekerjasama dengan stesen swasta, Astro Oasis.

"Semasa berkhidmat di sana, saya sentiasa mengembara ke luar negara termasuk Gaza, Kosovo dan Palestin untuk membuat liputan. Ketika membuat liputan dokumentari di lokasi pembunuhan beramai-ramai, Sabrasatila, Syria, saya terkesima melihat kawasan kubur yang ditumbuhi rumput hijau sedangkan kawasan itu padang pasir. Mungkin ada hikmah di sebalik situasi itu yang membuktikan Allah Maha Kuasa," katanya dalam akhbar Sinar Harian.

Setelah berhijrah kepada konsep lagu ketuhanan dan kemanusiaan, Azhary telah menerbitkan 2 buah album iaitu Puisi Jiwa yang mengandungi 10 buah lagu ciptaan sendiri, dan album kedua iaitu Cinta Kasih.

Album Cinta Kasih mengandungi 7 buah lagu dan sebuah minus one iaitu Jika Ayah Tiada, Kau Yang Tiada Dosa (feat Hazami), Cinta Kasih, Airmata Gaza, Pengembala Agung, Hanya Untukmu, Untukmu Srikandi dan Jika Ayah Tiada (minus one).

Menariknya, album terbitan Tradeserv Sdn Bhd tersebut tidak dijual tetapi diberi secara percuma kepada peminat yang ingin memilikinya.

Menurut Azhary, album yang dihasilkannya adalah kerana Allah dan ingin berkongsinya bersama peminat.Jika ada sesiapa yang berminat untuk memiliki album beliau secara percuma, sila layari facebook beliau di Azhary Ayi untuk maklumat selanjutnya.
Azhary Berkarya Untuk Dakwah dan Kemanusiaan (Nasheed Albums)

0 comment:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India